March 26, 2009

alamak...

Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.
Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dipunyai oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.
Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

Permainan ini bukan sahaja didapati di platform komputer, juga di konsol xbox360,playstation 3 dan nintendo wii..

4 comments:

razaklatif said...

baguih dok ada

steellusion said...

koh koh koh.. tapi aku try men stage tue, takdep on nampak kalimah kat lantai... rasa mcm ada org sengaja edit tambah...

LeePast said...

rasa ada org tambah tu....sbb aku try stage tu tarak pun.....anyway lagu2 GH3 semua mantop!

Lakum said...

Jangan main GH3...sebab tarak drum :P